GENEVA, 21 JUN: Gaza kini berada di ambang “kemarau ciptaan manusia” dengan kanak-kanak berisiko mati akibat kehausan, kata Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Jumaat, sambil memberi amaran bahawa hanya 40 peratus kemudahan pengeluaran air minuman di wilayah terkepung itu masih berfungsi, lapor Anadolu Ajansi (AA).